Friday 14 December 2012

                                                       PROFIL SAYA:

                                                       NOORAI'INI BT A.HAMID
                                                       KUMPULAN N03                        
                                                       NO MATRIK: D20112052973
                                                       TUTOR E-LEARNING : EN.RASYIDI JOHAN
                                                       TAJUK: PEMBANGUNAN BLOG

Tuesday 13 November 2012

FORMAT BM PENULISAN


FORMAT BM PENULISAN DAN PANDUAN PEMARKAHAN BM PENULISAN TAHAP 2 (TAHUN 4,5 DAN 6)
FORMAT BM PENULISAN
-3 Bahagian iaitu Bahagian A,Bahagian B dan Bahagian C.
1. Bahagian A
   -Mengandungi gambar (gambar tunggal,bersiri,carta,kitaran ataupun jadual)
   -Jawapan dalam bentuk ayat yang lengkap(5 ayat majmuk) berpandukan arahan    
     dan gambar yang diberi.

2. Bahagian B
    -Karangan berformat atau tidak berformat.
    -Karangan berformat ialah karangan yang mempunyai format khusus yang telah
     ditetapkan.Contoh karangan berformat ialah surat kiriman rasmi,surat kiriman
     tidak rasmi,laporan,berita,syarahan,catatan,perbahasan,ucapan,dialog dan temu
     ramah.
    -Karangan tidak berformat ialah karangan biasa yang mengandungi beberapa
      perenggan dan tiada format yang khusus. Contoh karangan tidak berformat
      ialah cerita, melengkapkan cerita (diberi ayat awal atau
      akhir),fakta,gambaran,autobiografi,biografidan perbincangan.

3. Bahagian C
    -Menulis ulasan nilai murni atau pengajaran (5 nilai/pengajaran) dalam satu
      perenggan berdasarkan petikan (cerita, pantun,sajak dan sebagainya)

PANDUAN PEMARKAHAN
-Markah penuh          :  60 markah
-Bahagian A               :  10 markah
-Bahagian B               :  30 markah
-Bahagian C               :  20 markah

KRITERIA-KRITERIA PEMARKAHAN   

BAHAGIAN A (10 markah)




PERINGKAT
MARKAH
KRITERIA



Cemerlang




9  -  10






  I    Menggunakan ayat yang gramatis dan     
         menepati bahan grafik.
  II   Setiap ayat ada subjek dan predikat serta
         mempunyai penerang dan keterangan yng
         meluas.
 III   Penggunaan kata/kosa kata yang luas dan
         sesuai dengan bahan grafik. 
  IV   Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.
        



Baik



7  -  8

   I    Menggunakan ayat yang gramatis dan
          menepati bahan grafik.
   II   Setiap ayat ada subjek dan predikat serta
          mempunyai penerang dan keterangan. .
  III   Penggunaan kata/kosa kata yang masih luas
          dan sesuai dengan bahan grafik
   IV   Terdapat beberapa kesalahan tanda baca
          dan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.




Memuaskan



4  -  6

     I   Menggunakan ayat tunggal tetapi sesuai
          dengan bahan grafik.
   II   Penggunaan kata/kosa kata terhad tetapi
          masih sesuai dengan grafik.
 III   Terdapat banyak kesalahan tanda baca dan
          ejaan yang menjejaskan ayat.




Pencapaian
Tahap
Minimum




1  -  3

     I   Ayat masih sesuai/ ayat dan kata tidak
          sesuai atau tidak berkaitan dengan bahan
          grafik
   II   Penggunaan kata/kosa kata tidak sesuai
          dengan bahan grafik.
 III   Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan
          ejaan. 

BAHAGIAN B (30 Markah)
PERINGKAT
MARKAH
KRITERIA


Cemerlang


24  -  30

    I  Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis
         bertepatan dengan kehendak soalan.
   II  Pengguaan kata dan kosa kata yang meluas
 III  Pengolahan idea sangat baik dan penyampaian
         yang jelas,tersusun dan menarik.
   IV  Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.   




Baik




17  - 23
     I  Penggunaan ayat masih gramatis dan
         bertepatan dengan tema tugasan.
    II  Penggunaan kata dan kosa kata yang
          sederhana serta sesuai dengan soalan.
  III  Pengolahan idea yang baik dengan
          penyampaian yang jelas dan masih menarik.
   IV  Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan
          tanda baca tetapi tidak menjejaskan
          karangan.





Memuaskan




14  -  16
    I  Penggunaan ayat kurang gramatis atau     
        menggunakan ayat tunggal berkaitan dengan
        soalan.
   II  Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad.
 III  Pengolahan idea yang mudah dan ringkas
        dengan penyampaian yang kurang menarik.
  IV  Penggunaan ejaan dan tanda baca yang terhad
        serta terdapat banyak kesalahan.




Pencapaian
Tahap
Minimum






01  -  10

   I  Penggunaan ayat tunggal tetapi tidak
       gramatis/tidak bertepatan dengan kehendak
       soalan. 
 II  Penggunaan kata dan kosa kata yang sangat
       terhad.  
III  Pengolahan idea yang tidak jelas/tidak
        tepat/tidak berkaitan dengan soalan serta
        penyampaian tidak menarik.
  IV  Ejaan dan tanda baca tidak dikuasai dengan
        baik.
BAHAGIAN C (20 MARKAH)
PERINGKAT
MARKAH
KRITERIA



Cemerlang



18  -  20
    I  Menggunakan ayat yang gramatis
        berdasarkan bahan rangsangan.    
  II  Ejaan dan tanda baca betul
III  Penggunaan kata dan kosa kata yang luas
        serta sesuai dengan bahan rangsangan.  
 IV  Pengolahan idea menepati tugasan.




Baik



12  -  17
    I  Menggunakan ayat yang gramatis
        berdasarkan bahan rangsangan.
  II  Penggunaan kata/kosa kata yang sederhana
        serta masih sesuai dengan bahan rangsangan.
 III  Beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca.
  IV  Pengolahan idea masih tepat




Memuaskan



06  -  11
    I  Menggunakan ayat mudah/ringkas
        berdasarkan bahan rangsangan.
  II  Penggunaan kata/kosa kata terhad
 III  Banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.
  IV  Pengolahan idea kurang menepati tugasan.


Pencapaian
Tahap
Minimum



01  -  05
    I  Penggunaan ayat tidak gramatis.
  II  Penggunaan kata/kosa kata terhad.
III  Tidak menguasai ejaan dan tanda baca.
  IV  Pengolahan idea tidak menepati kehendak
        soalan.