SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI
NOTA
BIMBINGAN
1. Surat tidak
rasmi untuk kawan dan keluarga yang bertujuan bertanya khabar,ucap tahniah,ucap
takziah,undangan, dan sebagainya.
2. format surat
kiriman tidak rasmi:-
(a)
Alamat pengirim – di penjuru sebelah kanan
(b)
Tarikh - sebelah kanan, langkah
sebaris dari alamat pengirim
(c) Pembuka kata - selang sebaris/dua baris dari tarikh
(d) Kata ganti diri penerima – ditulis dari tepi
sebelah kiri
1. Ayah/bapa saudara – ayahanda
2. Ibu/ibu saudara – bonda/ibunda
3. Anak – anakanda
4. Kakak/abang – kakanda/kanda
5. Adik – adinda
6. Datuk/nenek – nenda/nenenda
7. Sahabat lelaki – saudara
8. Sahabat perempuan – saudari
(e) Pengakuan penulis & tandatangan – di
sebelah kanan, selang dua/tiga baris dari
penutup
CONTOH
SOALAN DAN ISI-ISI PENTING
Andaikan kamu
mempunyai seorang sahabat pena.Dia menulis surat menyatakan keinginan untuk
melawat Malaysia.Balas semula surat sahabat kamu itu.Cadangkan beberapa tempat
menarik yang patut dibawa semasa dia berada di Malaysia.
CARA-CARA
MEMAHAMI SOALAN :-
1. Baca soalan
dan gariskan kata kunci.(seperti contoh di atas)
2.
Berformat/tidak? Surat Kiriman Tidak Rasmi – rujuk format surat tidak rasmi
3. Senaraikan
idea-idea (rangka karangan) – pendahuluan, isi-isi surat dan penutup
CONTOH
RANGKA KARANGAN:
Pendahuluan – Pembuka bicara – Menemui sahabat – beri
khabar,tanya khabar
Isi-isi surat
Tempat
peranginan yang indah – Bukit Fraser, Cameron Highlands, Genting Highlands –
udara nyaman
Tempat
perkelahan – Port Dickson,,Pulau Tioman – pantai bersih,sesuai mandi-manda
–kemudahan penginapan
Tempat
bersejarah – Melaka – A Famosa, Muzium, Perigi Hang tuah
Tempat
membeli-belah – Kuala Lumpur – Pasar Seni –banyak barang kraf tangan
Penutup – harapan – puas hati penerangan tempat menarik, ucapan
terima kasih.
CONTOH
KARANGAN LENGKAP:-
No
370 JLN Mawar,
Taman PD Utama,
71000 Port Dickson,
Negeri Sembilan.
1 November 2012
Menemui
sahabatku Steven yang berada di New Zealand. Saya di sini berada dalam keadaan
sihat sejahtera. Saya berharap saudara di sana berada dalam keadaan sedemikian
juga.Surat saudara saya telah terima pada minggu lepas.Seperti yang saudara
mahukan, saya akan menceritakan tempat-tempat yang menarik di Malaysia.
Saudara Steven,
Untuk pengetahuan saudara, Malaysia
mempunyai tempat-tempat peranginan yang sangat indah. Antaranya ialah Bukit
Fraser, Cameran Highlands, Genting Highland dan beberapa tempat lagi. Saudara
dapat menikmati udara yang nyaman dan pemandangan yang indah di tempat-tempat
tersebut. Di Genting Highland saudara boleh bergembira dengan pelbagai jenis
permainan yang menyeronokkan.
Malaysia juga mempunyai kawasan pantai yang
bersih dan indah. Antara tempat yang boleh saudara kunjungi untuk berkelah,
bermandi-manda dan bermain jet ski ialah Port Dickson, Pulau Tioman, Pulau
Redang dan tempat-tempat lain yang terdapat banyak kemudahan penginapan dengan
harga yang berpatutan.
Di samping itu, di Malaysia terdapat
tempat-tempat bersejarah yang kaya dengan tinggalan sejarahnya seperti di
Melaka dan Pulau Langkawi. Di Melaka saudara boleh melihat kesan sejarah semasa
penjajahan portugis, Inggeris dan Belanda yang masih kekal hingga sekarang. Di
Pulau Langkawi saudara bukan sahaja boleh berkunjung ke tempat-tempat
bersejarah, saudara juga boleh membeli belah pelbagai jenis barang dengan harga
yang murah.
Selain itu, saudara tentu seronok untuk
membeli-belah pelbagai jenis barang menarik seperti hasil kraf tangan yang
terdapat di Pasar seni Kuala Lumpur. Saudara juga boleh membeli barang-barang
yang menarik sebagai kenangan berkunjung ke Malaysia dengan harga yang amat
berpatutan di Kelantan dan Terengganu.
Sampai di sini dahulu yang dapat saya
ceritakan kepada saudara. Semoga saudara berpuas hati dengan penerangan saya.
Mudah-mudahan saudara dapat berkunjung ke Malaysia dan dapat menikmati
keindahan dan keseronokan yang telah saya ceritakan. Saya sudahi surat saya ini
dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang
benar,
…………………………….
SOALAN LATIHAN (1)
Kakak
kamu yang sedang menuntut di luar negara telah menulis surat kepada kamu untuk
bertanyakan tentang diri kamu dan persiapan menghadapi peperiksaan
UPSR.Tuliskan sepucuk surat balasan dengan menyatakan keadaan kamu di kampung
dan persiapan untuk menghadapi peperiksaan.
Cadangan idea-idea
Pendahuluan
– pembuka bicara – menemui kakak – beri khabar,Tanya khabar
Isi-isi
penting
·
Tujuan
tulis surat – sudah terima surat kakak – rasa rindu – cerita keadaan keluarga
·
Persiapan
1 – menghadiri kelas bimbingan di sekolah (hari,masa),kelas tusyen (hari,masa)
·
Persiapan
2 – jadual belajar sendiri, membuat ulang kaji, latih tubi soalan-soalan
peperiksaan , Tanya guru
·
Persiapan
3 - perbincangan kumpulan, menjaga
kesihatan –makan makanan berkhasiat, beriadah
Penutup
– harapan – kakak doakan kejayaan – salam rindu – terima kasih
SOALAN LATIHAN (2)
Kamu
sekeluarga baru pulang dari melancong. Tulis surat kepada kawan kamu untuk
menceritakan pengalaman menarik yang kamu peroleh.
Sila hantar karangan mengucap terima kasih kepada sahabat kerana sahabat anda memberi kad ucapan hari lahir dan anda turut menceritakan sambutan hari lahir anda kepada sahabat.
ReplyDeleteAda karangan macam itu
ReplyDeleteAda karangan macam itu
ReplyDeleteSila hantar karangan mengucap terima kasih kepada sahabat kerana sahabat anda memberi kad ucapan hari lahir dan anda turut menceritakan sambutan hari lahir anda kepada sahabat.
ReplyDeleteBagus
ReplyDeletehah
ReplyDeleteCantek,bossku
ReplyDeleteTerima kasih 감사합니다 😉
ReplyDeleteBerapa patah perkataan?
ReplyDelete