surat kiriman


SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI
NOTA BIMBINGAN
1. Surat tidak rasmi untuk kawan dan keluarga yang bertujuan bertanya khabar,ucap tahniah,ucap takziah,undangan, dan sebagainya.
2. format surat kiriman tidak rasmi:-
   (a)  Alamat pengirim – di penjuru sebelah kanan
   (b)  Tarikh  - sebelah kanan, langkah sebaris dari alamat pengirim
   (c)  Pembuka kata -  selang sebaris/dua baris dari tarikh
   (d)  Kata ganti diri penerima – ditulis dari tepi sebelah kiri
        1. Ayah/bapa saudara – ayahanda
        2. Ibu/ibu saudara – bonda/ibunda
        3. Anak – anakanda
        4. Kakak/abang – kakanda/kanda
        5. Adik – adinda
        6. Datuk/nenek – nenda/nenenda
        7. Sahabat lelaki – saudara
        8. Sahabat perempuan – saudari
   (e) Pengakuan penulis & tandatangan – di sebelah kanan, selang dua/tiga baris dari   penutup

CONTOH SOALAN DAN ISI-ISI PENTING
Andaikan kamu mempunyai seorang sahabat pena.Dia menulis surat menyatakan keinginan untuk melawat Malaysia.Balas semula surat sahabat kamu itu.Cadangkan beberapa tempat menarik yang patut dibawa semasa dia berada di Malaysia.

CARA-CARA MEMAHAMI SOALAN :-
1. Baca soalan dan gariskan kata kunci.(seperti contoh di atas)
2. Berformat/tidak? Surat Kiriman Tidak Rasmi – rujuk format surat tidak rasmi
3. Senaraikan idea-idea (rangka karangan) – pendahuluan, isi-isi surat dan penutup

CONTOH RANGKA KARANGAN:
Pendahuluan – Pembuka bicara – Menemui sahabat – beri khabar,tanya khabar

Isi-isi surat

Tempat peranginan yang indah – Bukit Fraser, Cameron Highlands, Genting Highlands – udara nyaman
Tempat perkelahan – Port Dickson,,Pulau Tioman – pantai bersih,sesuai mandi-manda –kemudahan penginapan
Tempat bersejarah – Melaka – A Famosa, Muzium, Perigi Hang tuah
Tempat membeli-belah – Kuala Lumpur – Pasar Seni –banyak barang kraf tangan
Penutup – harapan – puas hati penerangan tempat menarik, ucapan terima kasih.

CONTOH KARANGAN LENGKAP:-
                                                                                                                                             
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            

                                                                                              No 370 JLN Mawar,                                                                                               
                                                                                              Taman PD Utama,                                                                                                    
                                                                                              71000 Port Dickson,
                                                                                              Negeri Sembilan.

                                                                                              1 November 2012
   
     Menemui sahabatku Steven yang berada di New Zealand. Saya di sini berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya berharap saudara di sana berada dalam keadaan sedemikian juga.Surat saudara saya telah terima pada minggu lepas.Seperti yang saudara mahukan, saya akan menceritakan tempat-tempat yang menarik di Malaysia.

     Saudara Steven,

     Untuk pengetahuan saudara, Malaysia mempunyai tempat-tempat peranginan yang sangat indah. Antaranya ialah Bukit Fraser, Cameran Highlands, Genting Highland dan beberapa tempat lagi. Saudara dapat menikmati udara yang nyaman dan pemandangan yang indah di tempat-tempat tersebut. Di Genting Highland saudara boleh bergembira dengan pelbagai jenis permainan yang menyeronokkan.

    Malaysia juga mempunyai kawasan pantai yang bersih dan indah. Antara tempat yang boleh saudara kunjungi untuk berkelah, bermandi-manda dan bermain jet ski ialah Port Dickson, Pulau Tioman, Pulau Redang dan tempat-tempat lain yang terdapat banyak kemudahan penginapan dengan harga yang berpatutan.

     Di samping itu, di Malaysia terdapat tempat-tempat bersejarah yang kaya dengan tinggalan sejarahnya seperti di Melaka dan Pulau Langkawi. Di Melaka saudara boleh melihat kesan sejarah semasa penjajahan portugis, Inggeris dan Belanda yang masih kekal hingga sekarang. Di Pulau Langkawi saudara bukan sahaja boleh berkunjung ke tempat-tempat bersejarah, saudara juga boleh membeli belah pelbagai jenis barang dengan harga yang murah.

     Selain itu, saudara tentu seronok untuk membeli-belah pelbagai jenis barang menarik seperti hasil kraf tangan yang terdapat di Pasar seni Kuala Lumpur. Saudara juga boleh membeli barang-barang yang menarik sebagai kenangan berkunjung ke Malaysia dengan harga yang amat berpatutan di Kelantan dan Terengganu.

     Sampai di sini dahulu yang dapat saya ceritakan kepada saudara. Semoga saudara berpuas hati dengan penerangan saya. Mudah-mudahan saudara dapat berkunjung ke Malaysia dan dapat menikmati keindahan dan keseronokan yang telah saya ceritakan. Saya sudahi surat saya ini dengan ucapan terima kasih.

     Sekian, terima kasih.


                                                                                              Yang benar,
                                                                                           
                                                                                             …………………………….

SOALAN LATIHAN (1)

Kakak kamu yang sedang menuntut di luar negara telah menulis surat kepada kamu untuk bertanyakan tentang diri kamu dan persiapan menghadapi peperiksaan UPSR.Tuliskan sepucuk surat balasan dengan menyatakan keadaan kamu di kampung dan persiapan untuk menghadapi peperiksaan.   

Cadangan idea-idea

Pendahuluan – pembuka bicara – menemui kakak – beri khabar,Tanya khabar

Isi-isi penting
·         Tujuan tulis surat – sudah terima surat kakak – rasa rindu – cerita keadaan keluarga
·         Persiapan 1 – menghadiri kelas bimbingan di sekolah (hari,masa),kelas tusyen (hari,masa)
·         Persiapan 2 – jadual belajar sendiri, membuat ulang kaji, latih tubi soalan-soalan peperiksaan , Tanya guru
·         Persiapan 3 -  perbincangan kumpulan, menjaga kesihatan –makan makanan berkhasiat, beriadah

Penutup – harapan – kakak doakan kejayaan – salam rindu – terima kasih
                                                                                            
SOALAN LATIHAN (2)

Kamu sekeluarga baru pulang dari melancong. Tulis surat kepada kawan kamu untuk menceritakan pengalaman menarik yang kamu peroleh.




9 comments:

  1. Sila hantar karangan mengucap terima kasih kepada sahabat kerana sahabat anda memberi kad ucapan hari lahir dan anda turut menceritakan sambutan hari lahir anda kepada sahabat.

    ReplyDelete
  2. Sila hantar karangan mengucap terima kasih kepada sahabat kerana sahabat anda memberi kad ucapan hari lahir dan anda turut menceritakan sambutan hari lahir anda kepada sahabat.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih 감사합니다 😉

    ReplyDelete